Madrasah Tahfiz Riyadhus Solihat Olak Lempit Banting
Monday, 28 October 2019
Assalamualaikum w.b.t
Pengambilan Pelajar Kem bagi tahun 2019 telah dibuka.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi nombor yang tertera di poster untuk sebarang pertanyaan.
Jazakumullah.
Assalamualaikum w.b.t
Pengambilan Pelajar Baru bagi tahun 2020 tekah dibuka.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi nombor yang tertera di poster untuk sebarang pertanyaan.
Jazakumullah.
Sunday, 5 May 2019
Monday, 10 December 2018
KEM MADTRIS 2018
Alhamdulillah, seramai 7 orang telah mendaftar bagi Kem MADTRIS tahun 1440H/2018M.
Semoga Allah terima usaha dan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam. Moga Allah terima juga usaha ibubapa mereka dan terima dalam usaha meneruskan jill alquran.
Friday, 26 October 2018
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 2018
Ibubapa akan dipakaikan mahkota kepada anak yang memelihara al-Quran
************************
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
🌹🌹🌹
قال النبي صلى الله عليه وسلم..
"خيركم من تعلم القرءان وعلمه"
" Yang terbaik di antara kamu ialah yg belajar AL-QURAN dan mengajarkannya"(Hadis riwayat Bukhori,Abu daud,Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah)
🌹KEMASUKAN PELAJAR TAHUN 2019
1440/1441 HIJRAH
-Bertempat di :-
🏠 MADRASAH TAHFIZ RIYADHUS SOLIHAT
- Lot 1232 batu 40½ jalan dengkil kampung olak lempit 42700 Banting Selangor
🌻Terbuka kepada pelajar perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah
🌻Boleh membaca al-Quran
🌻Keutamaan kepada pelajar ulang alik yg berumur bawah 18 tahun pada tahun 2019
🌻Penempatan asrama adalah terhad dan bersyarat (umur 10-13 tahun)
🗓SESI TEMUDUGA :-
Setiap Hari Sabtu bermula 29 September 2018
Jam 9pg-12 tengah hari
🌹KEMASUKAN BELAJAR :-
1 January 2019
(SELASA)
🌹SYARAT KELAYAKAN :-
💐-Perempuan berumur bawah 18 tahun
💐-Warganegara Malaysia
💐-Berakhlak mulia
💐-Berminat untuk mempelajari dan menghafal ALQURAN
💐-Kehendak sendiri/dorongan dan sokongan ibubapa dan berminat
💐-Sedia mematuhi undang2 dan peraturan madrasah
📑DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :-
📄salinan surat beranak/salinan ic
📄2 keping gambar berukuran pasport
📄sijil berhenti/sijil sokongan
📲 PERTANYAAN SILA HUBUNGI / WHATSAPP
1⃣Ust Afifi bin mohamed derapar :- 0197256923
2⃣En.Mohd Shafzal bin Mohd Ali Nafiah :-01110021311
3⃣Ustz Nurun nasihah mohamed derapar :- 01115737742
Wednesday, 29 November 2017
Sekitar Seminar Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Sekolah Tahfiz yang juga dihadiri oleh pihak pentadbiran madrasah-madrasah termasuklah MATRIS.
30 Okt, 2017
BANGI: Semua sekolah tahfiz akan digalakkan untuk melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik dengan mengamalkan konsep pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata semua tempat kerja mempunyai bahaya dan risiko yang perlu diatasi dan adalah menjadi tanggungjawab mereka di tempat kerja, temasuk di sekolah-sekolah tahfiz, untuk mengenalpastinya dan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kemalangan dan kematian.
"NIOSH akan mengadakan kempen berterusan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan KKP dan cara melaksanakan HIRARC di semua sekolah tahfiz, katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Sekolah-sekolah Tahfiz (OSH for Tahfiz) di ibu pejabat NIOSH di sini hari ini.
Program sehari itu diadakan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (Pinta Selangor) sebelum ia diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Turut hadir pengarah eksekutif NIOSH Zahrim Osman dan Bendahari Kehormat PINTA Kebangsaan dan Pengerusi PINTA Selangor Ustaz Mohd Dailami Che Age.
Lee berkata program OSH for Tahfiz ini dibuat berpandukan program OSH in School yang dilaksanakan oleh NIOSH dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sejak tahun 2015.
"Pelaksanaan “OSH for Tahfiz” merupakan konsep yang lebih menyeluruh kerana ia menganggap institusi tersebut sebagai sebuah tempat kerja dan tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)," katanya.
Beliau berkata tujuan OSHA 1994 diwujudkan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orang-orang yang berada di dalam kawasan tempat kerja dan untuk mengadakan persekitaran kerja yang sesuai dengan kehendak psikologi dan fisiologi pekerja.
Di sekolah atau tahfiz, orang yang bekerja ialah guru, pentadbir dan kakitangan sokongan. Manakala istilah ‘orang-orang yang berada dalam kawasan tempat kerja’ pula merujuk kepada pelajar, kontraktor dan pelawat termasuk ibu bapa. Pengurusan tahfiz, Jabatan Agama Negeri atau Persekutuan pula merupakan “majikan” kepada sekolah tahfiz tersebut.
Menurut beliau, NIOSH mengorak langkah untuk mengadakan kempen kesedaran KKP di sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara ekoran tragedi kebakaran yang sering berlaku terutamanya selepas insiden kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat pada 14 Sept lepas.
"Walaupun dilaporkan kejadian tersebut berlaku akibat perbuatan khianat, ia turut membuka mata kita semua mengenai tahap keselamatan di sekolah-sekolah tahfiz yang masih tidak memuaskan," katanya.
Selepas kejadian di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tersebut, Lee berkata pihak kerajaan telah menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, NIOSH turut dijemput menganggotai pasukan khas tersebut dan ditugaskan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan du sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara.
Bagi menjayakan kempen keselamatan seluruh negara ini, NIOSH akan turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan dan Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM).
Sebagai permulaan, beliau berkata NIOSH akan turut mengedarkan poster tentang keselamatan di sekolah-sekolah tahfiz selain buku panduan keselamatan yang boleh menjadi rujukan kepada mereka yang terbabit.
"NIOSH turut menghantar pasukan khasnya untuk melawat sekolah-sekolah tahfiz bagi mengenalapasti hazard dan masalah yang ada di premis terbabit.
“Antaranya adalah kabel elektrik yang terdedah dan kedudukannya merentangi laluan serta penggunaan lingkaran nyamuk yang tidak diletak dalam bekas yang sesuai. Terdapat juga pintu kecemasan yang dihalang dengan pelbagai objek manakala pemadam api pula tidak disenggara atau disimpan jauh dari bangunan sekolah dan hostel,” katanya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz yang telah diperiksa di seluruh negara menerima kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Daripasa jumlah itu, 73 merupakan pusat tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala tujuh lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.
Dilaporkan kira-kira 150 ribu pelajar belajar di sekolah di lebih 1,200 sekolah tahfiz seluruh negara namun ada di antaranya tidak didaftarkan.
Lee turut menjelaskan bahawa NIOSH juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pertubuhan Bukan Kerajaaan (NGO) seperti Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) untuk melawat sekolah-sekolah tahfiz, mendapatkan input daripada pihak pentadbiran mereka dan melaksanakan kempen kesedaran KKP.
TAN SRI LEE LAM THYE
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Subscribe to:
Posts (Atom)















